Hi dear…
Lisa is back, no more hiatus. 
Dah lama kan Lisa tak update. Actually semasa tak update tu Lisa pegi KK (lagi), sebab ada barang nak beli. Kalau harapkan Labuan ni memang tak ada. Sambil-sambil beli barang tu, sempat lah Lisa menshoppingkan diri sikit.. sikit je tak banyak
Nanti Lisa share tentang barang yang Lisa beli k.
Kali ni Lisa nak share tentang Hello Kitty. Ingat tak hari tu Lisa nye NDSL bertemakan Hello Kitty?
Tapi time tu memang tak 100% mengikuti tema Hello Kitty. So, last month Lisa contact Ju
dan minta tolong dia belikan Lisa Hello Kitty Die Cut Case yang ber-ribbon pink polka dot tu. Case tu memang untuk NDSL dan memang cun untuk Hello Kitty fan. 

Kat belakang case tu ada tulis Hello Kitty.

Ju kan kalau kita minta tolong beli, mesti Ju akan bagi lebih

sebab tu Lisa sayang Ju saaaaampai Ju lemas. Boleh? huhu

Tengok kat bawah ni, Ju jugak belikan NDS case Hello Kitty yang comel dan pink (
kat depan tu). So, sekarang Lisa ada dua case. Thanks to Ju!
Lisa tak pakai case yang paling comel polka tu sebab sayang takut rosak. Lisa pakai case yang depan tu dan inilah rupanya kat bawah. Stylus kitty yang comel berposing untuk my dearlovas.
Kalau nak tengok lebih jelas previous utk case comel polka tu boleh la tengok kat sini
Hello Kitty Pink DS Die Cut Case.
Ada lagi satu post untuk Abby. Tapi Lisa tak edit lagi. Kalau sempat malam ni Lisa post, kalau tak esoklah tu..
Love you guys, have a nice weekend!
LOS ANGELES, 25 JUN 2009: Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, 50, telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA, di sini, hari ini, Khamis, 25 Jun 2009, kira-kira jam 2.20 petang (Jumaat, waktu Malaysia).
Punca kematian beliau masih belum lagi diketahui dengan jelas tetapi dipercayai berkaitan dengan masalah jantung selain berdepan dengan banyak tekanan akhir-akhir ini. Beliau ditemui sudah tidak bernafas apabila pakar perubatan berkejar ke rumahnya di sini sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.
Berita ini disahkan oleh abangnya, Jermaine Jackson, kepada pihak media di pusat perubatan berkenaan.
Beliau berkata, adiknya telah dikejarkan ke pusat perubatan itu pada jam 1.20 petang dan sepasukan doktor telah cuba menyelamatkan beliau selama sejam tetapi gagal. Jermaine juga memohon supaya pihak media memberikan privasi kepada keluarga mereka buat masa ini dan turut berdoa semoga Allah merahmati Michael sepanjang masa.
November tahun lalu, Michael telah dilaporkan memeluk Islam.
Michael ketika ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback di London, Julai ini. Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White. Dia meninggalkan 3 anak.
Ketika ini ratusan peminat beliau sedang berkumpul di luar pusat perubatan berkenaan untuk mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut tentang kematian ikon pop dunia ini. Jenazahnya telah dibawa dengan helikopter dari pusat perubatan itu untuk dibedah siasat dan kemudian dikebumikan.
Sebelum ini, pada hari yang sama, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian bintang asal siri Charlie’s Angels, Farah Fawcett, 62, akibat penyakit barah yang sekian lama dihidapinya.
Source : Murai
Teringat dulu time kecik suka tengok MJ perform menari sampai terikut-ikut tapi tak dapat
. Lisa suka dengar heal the world, we are the world, thriller.. semua lagu MJ best. RIP MJ & Farah Fawcett.