Ah… I really miss my blog. Dah lama Lisa tak update… sungguh malas busy sebenarnya
Hari ni seperti terasa nak merajinkan diri… huhu
Last weekend kitorang bercuti ke KK, actually Lisa ada nak jumpa dengan Pullip seller ngan sorang doll collector, tapi tu nanti lah Lisa cerita k… next entry.
Untuk entry kali ni, Lisa nak share beberapa hari sebelum keberangkatan kitorang ke KK, Lisa menerima dua pos express. Memang sengaja mengorder awal-awal sebab nak pakai sebelum pegi KK hehe..


Satu tu Lisa order Relian Mascara, tapi effect tak sebest mascara Lisa yang sebelum ni. Sebelum ni mascara yang Lisa pakai bulu mata nampak panjang dan lentik
cuma dapat 2.5 bintang jeYang satu lagi tu mask shiseido untuk hidung strawberry ku ni. Ada orang pakai seluruh muka, ada yang pakai kat hidung je… Lisa try test pakai se-muka.. huhu sakit la time nak tanggalkan mask tu, abis bulu roma ikut tercabut. Lisa baru pakai satu kali, beli 5pcs, sekali pakai 1 paket pun tak abis so boleh la pakai 2,3 kali. Untuk mask ni ok gak lah.. boleh la hilang strawberry tu sikit-sikit. Kena try 2,3 kali barulah hilang seluruhnya kan.. mask ni dapat 3.5 bintang dari Lisa.
Minggu lepas Lisa & Hubby ke kedai PINK LADY dan sempat membeli untuk kegunaan kepuasan sendiri. Hajat di hati cuma ingin melihat-lihat, tapi akhirnya membeli jugak kerana hati tak tahan lagi hehe 


Lisa beli mouse pad HK untuk dimatchkan dengan Hello Kitty Mouse yang hubby belikan tahun lepas. Juga sempat mengrab keychain Prince & Princess, boleh la pakai untuk kunci bilik.

Okeh, lepas ni nak taip satu lagi entry… so, datang lagi nanti ek… kita

Hi loves…
Baru hari ni ada masa nak blog kejap. Selalu asyik malas dan buat-buat sibuk saja lol
Kali ni teringin nak buat-buat rajin sambil free. Haha
Sebelum terlambat Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua visitor yang menyambut raya haji. Hari ni ingatkan nak berehat tapi macam tak rehat ja. Dari tengahari tadi lepas lunch terus buat kerja packing, kira stock, pastu siapkan order list dan submit. Sekarang ni tinggal 2 list je tak siap, esok lah nak bikin.
Cuba tengok kat bawah ni.. ada tak hospital ni kat Malaysia? Nak ada baby kat sini lah, boleh? Bestkan semua Hello Kitty, mesti happy dan bahagia semua di sekeliling banyak gambar Hello Kitty dan pink! Nurse pun pakai Hello Kitty..

Esok nak kena bangun awal, sebab nak berebut pegi pos office. Minggu lepas asyik dapat no corot je. Dahla tu kena tunggu sampai 3 jam kat pos office. Ramai plak orang pegi pos opis time ni. Dengar kata kalau renew roadtax kat pos office boleh terus dapat rebet kereta tu.. patutlah berebut-rebut. Kaunter kat pos opis pun kekadang buka 1 @ 2 kaunter je. Lagi lah lama nak tunggu turn, kesian kat orang tua-tua sampai tertidur tunggu turn. Mudah-mudahan esok tak lewat. Tak sanggup dah nak tunggu lama-lama kat pos opis tu..
Sebelum tidur, meh tengok fake nail ni.. cute tak??
:heartbet: Ada candy, biscuits, chief cook bear. Sungguh comel!

Good night!

« Older Entries Newer Entries »




















Sunday, February 22 2009