Mempacking Baju
Saturday, March 21, 2009 ♥ Filed under: Totally Nonsense ♥ 712 views
Melize dah bosan dan nak lari dari rumah… :crycry:
Tak delah… si Melize tak boleh lari mana-mana sebab semua her sister sayang dia..
dan Melize ni sungguh rajin tau, semalam dia tolong Lisa kemas baju-baju yang selama ni ditimbunkan di dalam kotak untuk disusun dalam plastik dan lebih teratur. Tak sangka dah banyak baju-baju mereka (blythe & pullip, lupa plak skrg dah ada Dal) ni… tapi kan kalau pandai jahit baju sendiri lagi best kan, boleh design-design, hari-hari boleh tukar baju lain
bestnya… haihhh.. kalau la ada banyak masa.. boleh belajar dan jahit banyak-banyak 

Melize masih lagi pakai costume bear dia tu.. Sayanglah costume tu tak muat untuk Blythe. Hari tu Lisa try pakai kan Mariska costume tu tapi tak boleh masuk. Cuma boleh pakai bear hat tu je..
5 Minit berlalu…

Melize masih lagi duduk kat tepi case tu, Mariska dah start mula mengasing-asingkan baju.

Dalam sibuk menyusun baju Melize melompat-lompat teringin nak tukar baju, so pilih punya pilih dia berkenan dengan baju purple ni. Mesti la dia suka kan, hadiah dari Jue. Nampak comel dan sesuai sangat!!! 
Melize : Mom, do I still look naughty in this dress?
Lisa : No dear, you look so sweet *kiss*

Lisa : Nice kan semua dah tersimpan dalam plastic case?
Melize : Yupe, yupe.. *kepenatan*

Oklah, Lisa nak sambung tengok Confession of a Shopaholic. Good Night, have a wonderful weekend dearies from me and the girls.
Neo Noir
Sunday, March 8, 2009 ♥ Filed under: Totally Nonsense ♥ 721 views
Ok, setelah sekian lama barulah ada hati rajin nak update… huhu dasar pemalas nak update blog.
(sbb tu la ramai visitor larik kan…)

Still in box, left – Dal Melize, Blythe Milky Way Sugar, Pullip Neo Noir. Ternyata kotak blythe lebih rendah dari Dal & Pullip. Tapi ketiga-tiga doll comes with an attractive design. Doll collector mesti simpan kotak-kotak doll ni baik-baik sebab kotak pun cantik macam doll jugak, so memang haruslah dijaga.

Tengok kedua-dua box ni ada ribbon yang banyak kan…

Rambut Neo Noir yang hitam, ikal dan panjang. (Perasan tak ada termasuk gambar Transformer kat tepi tu… yang tu hubby nye TF, ada lagi satu toy dia beli.. so even la kan sorang dapat 2 doll hehe ) 
Badan Pullip dibaluti plastik, blythe kekadang balut bahagian kaki je kan… tak de sampai 1 badan..

Inilah dia Siti Nurhaliza Neo Noir Lisa. Satu tentang Pullip ni kan, Lisa macam malas nak tukarkan diorg ke baju lain, kalau blythe cepat je g tukar ke baju lain yang lebih kawaii, tp pullip ni biar je pakai baju costume dia tu.. sama gak lah macam si Notti Melize Bear tu..
Kalau nak tengok lebih banyak gambar ada kat my Flickr, sila lah beramai-ramai melihat di situ. Nanti Lisa upload pic Meliza plak…
P.s – Lisa tengah mencari-cari harga yang sesuai untuk My Little Candy, harga dia melampau tinggi. Lagipun Sebastian nak release end of this month.. pokai lah nampaknya……….

Plugs :
