
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami sekeluarga. Semoga di hari raya tahun ni kita mendapat keberkatan dan dapat mengeratkan tali silaturrahim. Lisa ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama Lisa berbelog ni ada tersilap kata, terkutuk, tersindir. Haraplah dimaafkan.
Kepada yang bercuti ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

Hi… Assalamualaikum…
Kali ni tak nak citer panjang sebab kejap lagi nak kluar.. Bulan puasa ni rajin tul berjalan malam, selalu window shopping je tapi kadang-kadang ada gak terbabas dan terbeli tanpa merancang. Ye lah minggu terakhir ni bandar penuh je.. tambahan lagi orang kerajaan dah gaji lagilah penuh orang bershopping untuk persiapan raya. Kami pun tak terkecuali… hehe
Ok lah, ni nak citer ari tu kat KL sempat gak rembat re-ment untuk rumah anak-anak comel tu. Tapi kali ni beli kasut dan handbag je lah sebab shopping ni pun last minit, ambik la je mana yang ada. Kalau nak beli sekotak terasa rugi plak sebab bukan semua kasut diorang nak.. beli satu-satu mahal sikit tapi tak rugi kan? huhu
Sempat gak beli baju untuk anak-anak, diorang pun nak baju raya gak. Tapi sayang Lisa cari Barbie muslim untuk Blythe tapi tak jumpa. Tak pe lah.. *edit* Dah jumpa.. esok Lisa citer… sekarang ni sibuk banget dehhh tak sempat nak crita…

Read More »

« Older Entries Newer Entries »




















Tuesday, September 30 2008