wedding countdown

Mempacking Baju

Melize dah bosan dan nak lari dari rumah… :crycry:

Tak delah… si Melize tak boleh lari mana-mana sebab semua her sister sayang dia.. :heartbet: dan Melize ni sungguh rajin tau, semalam dia tolong Lisa kemas baju-baju yang selama ni ditimbunkan di dalam kotak untuk disusun dalam plastik dan lebih teratur. Tak sangka dah banyak baju-baju mereka (blythe & pullip, lupa plak skrg dah ada Dal) ni… tapi kan kalau pandai jahit baju sendiri lagi best kan, boleh design-design, hari-hari boleh tukar baju lain :cheeky: bestnya… haihhh.. kalau la ada banyak masa.. boleh belajar dan jahit banyak-banyak :blweek:


Melize masih lagi pakai costume bear dia tu.. Sayanglah costume tu tak muat untuk Blythe. Hari tu Lisa try pakai kan Mariska costume tu tapi tak boleh masuk. Cuma boleh pakai bear hat tu je.. :sweat:

5 Minit berlalu…


Melize masih lagi duduk kat tepi case tu, Mariska dah start mula mengasing-asingkan baju.


Dalam sibuk menyusun baju Melize melompat-lompat teringin nak tukar baju, so pilih punya pilih dia berkenan dengan baju purple ni. Mesti la dia suka kan, hadiah dari Jue. Nampak comel dan sesuai sangat!!! :love:
Melize : Mom, do I still look naughty in this dress?
Lisa : No dear, you look so sweet *kiss*


Melize : Hurray dah siap!!!


Lisa : Nice kan semua dah tersimpan dalam plastic case?
Melize : Yupe, yupe.. *kepenatan*


Oklah, Lisa nak sambung tengok Confession of a Shopaholic. Good Night, have a wonderful weekend dearies from me and the girls. :wave:




wedding countdown

Little Melize

Hi dearies…

Kali ni cerita tentang si notti Melize plak k. :slaphapy: Melize seorang kanak-kanak riang yang sungguh nakal. Suka curi-curi keluar ke hutan bermain dengan kucing tanpa pengetahuan Lisa. :giggle:


Oleh kerana terlihat kad promo doll pakai baju bear posing macam tu kat tepi pokok lah yang membuatkan Lisa terus teruja nak bawa balik doll ni. Nasiblah Sabrina ada stock lebih untuk doll ni… comel kan? :love:


Click for a better view
Si comel masih dalam box, tak sabar-sabar nak keluar main lumba lari..


Muka excited si budak kecik! Geram tau tengok dia ni… muka budak-budak yang kuat main dan sungguh nakal! :laughing:


Click for a better view
Tengoklah aksi si kecik ni… muahs!! Sayang Melize! :heartbet:

Untuk pengetahuan semua mata pullip ni tak seperti mata blythe yang boleh bertukar-tukar warna dengan menarik string di belakang kepala dan blythe ada 4 color untuk ditukar, tapi pullip cuma ada satu color sahaja. Mata pullip boleh berubah ke kiri dan ke kanan dengan mengadjust butang di belakang kepala mereka. Badan pullip tak seperti badan blythe yang terhad kepada beberapa pose sahaja, badan pullip boleh diadjust ikut kesesuaian owner nak buat aksi apa untuk pullip diorang. :good: So boleh lah pullip ni buat pose gedik mereka dengan senang hati.

*** Jangan heran kalau ayat-ayat post di atas berketerbalikan… idea sudah hilang sebab dah mengantuk.. :zzz: dan sebelum terlupa…


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H

Good Night everyone! :wave: :sleep2:

Related Posts with Thumbnails