Hi
Hari ni hari minggu. Macam biasa hari minggu pun kena kerja. Cuma kadang-kadang je buat cuti sendirian berhad. Hehe
Semalam tengah pusing-pusing kat blogsearch google terjumpa plak ada satu website yang menarik perhatian ni. Kat website ni kita boleh upload gambar dan tau macamana rupa anak kalau muka kita digabung ngan hubby, bf, gf, wifey kita. Korang jugak boleh try gabung muka dengan artis-artis hollywood atau dengan sape-sape je yang korang nak. Sungguh seronok, Lisa seperti addicted semalam dan hari ni sambung gabung lagi.
Ni adalah result kalau muka Lisa dan muka Hb digabungkan hehe.. comel tak?
Semalam ada buat banyak tapi dah hilang, kali ni kena buat semula.

Best tak? Comel kan.. semua pipi bulat hehe
Macam-macam result yang keluar sebab guna gambar yang berbeza. Tapi hampir kesemuanya muka seakan-akan sama.
Seperti ingin ada baby sekarang juga kan? Jom la try, boleh share sama-sama. Korang gi kat website Morphthing, upload gambar, prepare dan morph kan. Nanti kalau dah buat jangan lupa share result k. Oh, sila lah komen untuk membagitahu yang korang pun dah buat morph ni..
Buat baby beramai-ramai biar meriah

Hi darlenk
How are you? Hehe.. cek jap bila last post Lisa… oh 17hb, hari ni 23hb oo.. nampak gayanya seminggu sekali lah Lisa update blog sekarang ni. Kalau dulu every 2 or 3 days mesti buat post baru walaupun hanya menampal lirik dalam blog. Sekarang ni nak tampal lirik pun cam malas. Alahai perangai malas memang tak boleh blah
Last week Lisa mengidam nak makan cake.
So aktiviti mengugel blogsearch adalah kegiatan rutin seharian dan terjumpa lah satu blog ni yang buat dan jual cuppies. Orang labuan boleh la order cake dari web ni nanti k, memang sedap thanks to Kak Azean. Azean Home Made. Tanpa membuang masa terus contact dan buat order untuk try test. Inilah rupa cuppies yang diorder..

Rupa cantik, rasa mestilah lagi sedap.
Sekejap je dah balun 2-3 cuppies
. huhu Nanti nak order lagi lah


Mula-mula confuse gak nak order cupcake ni sekadar suka-suka dan tak ada tema. Tak tau nak letak apa, last2 hubby cadanglan letak la domain blog ni dan buat tema love, merah putih. Ala-ala romantik gitu kan B? haha
More pictures at my flickr.

Lepas ni ingat nak pegi post office sebab semalam tak sempat nak hantar barang, ok nak pack barang dulu. Oh! tadi Lisa download Hello Kitty 35th Anniversary ke Ipod Touch. Boleh la berkenalan dengan family Hello Kitty, White Fammily dan kawan-kawan comel dia, Rorry, Cathy dan lain-lain. Juga boleh tengok design Hello Kitty dari tahun 1974 sampai 2008. Tahun ni tak tau lagi design macamana.
Yang pasti mesti lebih comel!! Untuk kehidupan sejahtera jom lah beramai-ramai mendownload application ni ke Ipod Touch kerana ianya free dan percuma.
Kalau tak de ipod boleh tengok kat Hello Kitty 35th Anniversary. Jom!

« Older Entries




















Sunday, July 26 2009
Plugs :