Michael Jackson RIP
Friday, June 26, 2009 ♥ Filed under: Entertainment & Celebrities ♥ 312 views
LOS ANGELES, 25 JUN 2009: Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, 50, telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA, di sini, hari ini, Khamis, 25 Jun 2009, kira-kira jam 2.20 petang (Jumaat, waktu Malaysia).
Punca kematian beliau masih belum lagi diketahui dengan jelas tetapi dipercayai berkaitan dengan masalah jantung selain berdepan dengan banyak tekanan akhir-akhir ini. Beliau ditemui sudah tidak bernafas apabila pakar perubatan berkejar ke rumahnya di sini sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.
Berita ini disahkan oleh abangnya, Jermaine Jackson, kepada pihak media di pusat perubatan berkenaan.
Beliau berkata, adiknya telah dikejarkan ke pusat perubatan itu pada jam 1.20 petang dan sepasukan doktor telah cuba menyelamatkan beliau selama sejam tetapi gagal. Jermaine juga memohon supaya pihak media memberikan privasi kepada keluarga mereka buat masa ini dan turut berdoa semoga Allah merahmati Michael sepanjang masa.
November tahun lalu, Michael telah dilaporkan memeluk Islam.
Michael ketika ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback di London, Julai ini. Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White. Dia meninggalkan 3 anak.
Ketika ini ratusan peminat beliau sedang berkumpul di luar pusat perubatan berkenaan untuk mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut tentang kematian ikon pop dunia ini. Jenazahnya telah dibawa dengan helikopter dari pusat perubatan itu untuk dibedah siasat dan kemudian dikebumikan.
Sebelum ini, pada hari yang sama, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian bintang asal siri Charlie’s Angels, Farah Fawcett, 62, akibat penyakit barah yang sekian lama dihidapinya.
Source : Murai
Teringat dulu time kecik suka tengok MJ perform menari sampai terikut-ikut tapi tak dapat
. Lisa suka dengar heal the world, we are the world, thriller.. semua lagu MJ best. RIP MJ & Farah Fawcett.
Kembar Seiras
Saturday, February 7, 2009 ♥ Filed under: Totally Nonsense ♥ 564 views
Hi dearies…
Hari ni nak share site yang dah tak di-visit sejak beberapa tahun lepas. Kalau dulu kan tahun-tahun 2003-2006 memang banyak sangat masa dan hari-hari men-surfing internet dan belajar benda baru. Hari-hari mesti teruja nak belajar buat tu, buat ni… sekarang ni cam kureng sikit.

O R I S I N A L
So, site ni kalau dulu time bosan memang harus di-visit. Tak disangka-sangka plak tadi tengah surfing2 terjumpa balik site ni. Teringatlah time dulu berjam-jam mencuba games-games yang ada dalam site ni. Semua pun best!
Semuanya pun harus dicuba dan dimain.

Oh, kepada peminat Twilight mesti dah tak sabar nak nantikan New Moon yang akan ditayangkan Nov tahun ni kan? Dan sekarang cast untuk memegang watak-watak sampingan lain masih lagi belum diketahui. Dan banyak ura-ura cakap watak JANE akan diberikan kepada
Vampire kan mesti cantik! So, marilah beramai meng-sign petition untuk Jodelle Ferland for Jane in New Moon! She is so purrfect for the role.
Perasan tak kat atas ada 3 gambar? Mana satu lah agaknya si Jodelle ni? Hehe sudah semestinya lah si Jodelle pic yang tengah tu, dan yang dua lagi kat tepi tu adalah my cousin, Nadya. Muka dia iras-iras ngan Jodelle, puas Lisa cari pic dia kat fs kakak dia tapi tu je yang jumpa. Sayanglah dia dah delete fs dia, kalau tak mesti jumpa pic yang seakan seratus persen sama kan?
Oh, Lisa dah habis baca Eclipse, sekarang tengah baca Breaking Dawn part Jacob.. busan sket.. hehe
Oklah nak mengreturn komen dan visit kejap.. nanti ada masa Lisa blog lagi. Bye, happy weekend~!
Plugs :
