wedding countdown

Tengok Copycat Ini

Jom tengok apa yang Lisa jumpa time meronda-ronda kat flickr semalam. Lisa tengah mencari-cari idea untuk matchbox swap tiba-tiba pula terjumpa sesuatu. Haa… pandai tak para-para copycat fake sekarang ni… ye lah kan sedangkan henpon pun boleh di potosat, ni kan pula benda ni kan? Lihatlah mereka suka-suka mengikut dan membancuh kopi cuba membuat rupa yang sama. Tapi buat kopi pun tak sesedap kopi yang ori. Yang ori tetap lebih cantik dan mahal huhu :laughing:

Jom kita sama-sama tengok apalah yang mereka copy tu…

Jecci 5
Ini adalah rupa kotak yang mereka buat. Alah macam kotak kasut je kan… Tak secanggih yang ori, kalau kotak ori lebih cantik, colorful, meriah, official. :heartbet:

Ok ni ada lah rupa kotak tu bila sudah dibuka…. tenang-tenang ok semua.. :whtver:
inside
Haa.. yang ni V-Smash? sama tak? Isk… tak sanggup lah Lisa nak tengok… korang tengok dan nilai lah sendiri k.

clone1
Customized Blythe? Blythe wannabe?

clone2
Look this one looks so real!!! Ahh… seperti doll customize kan? Oh tidak… :hissyfit:

Actually doll ni namanya Jecci Five doll, dibuat di China. Memang mengikut dan teringin menjadi Blythe. Harga doll ni pun lebih murah dari original blythe maybe dalam 100-200 je kut.. Kalau camtu I rather buy ori doll dari yang ni walaupun kekadang kan nampak yang ni macam lebih cantik dan tak perlu nak bersusah payah mengcustom. Dan for sure yang ni tak de pull string untuk tukar-tukar mata… :thumbsd:

Ok, sudah. Lisa dah sakit kepala…..malas nak tulis lagi… sila lah komen… k. Bye :headache:




wedding countdown

Mempacking Baju

Melize dah bosan dan nak lari dari rumah… :crycry:

Tak delah… si Melize tak boleh lari mana-mana sebab semua her sister sayang dia.. :heartbet: dan Melize ni sungguh rajin tau, semalam dia tolong Lisa kemas baju-baju yang selama ni ditimbunkan di dalam kotak untuk disusun dalam plastik dan lebih teratur. Tak sangka dah banyak baju-baju mereka (blythe & pullip, lupa plak skrg dah ada Dal) ni… tapi kan kalau pandai jahit baju sendiri lagi best kan, boleh design-design, hari-hari boleh tukar baju lain :cheeky: bestnya… haihhh.. kalau la ada banyak masa.. boleh belajar dan jahit banyak-banyak :blweek:


Melize masih lagi pakai costume bear dia tu.. Sayanglah costume tu tak muat untuk Blythe. Hari tu Lisa try pakai kan Mariska costume tu tapi tak boleh masuk. Cuma boleh pakai bear hat tu je.. :sweat:

5 Minit berlalu…


Melize masih lagi duduk kat tepi case tu, Mariska dah start mula mengasing-asingkan baju.


Dalam sibuk menyusun baju Melize melompat-lompat teringin nak tukar baju, so pilih punya pilih dia berkenan dengan baju purple ni. Mesti la dia suka kan, hadiah dari Jue. Nampak comel dan sesuai sangat!!! :love:
Melize : Mom, do I still look naughty in this dress?
Lisa : No dear, you look so sweet *kiss*


Melize : Hurray dah siap!!!


Lisa : Nice kan semua dah tersimpan dalam plastic case?
Melize : Yupe, yupe.. *kepenatan*


Oklah, Lisa nak sambung tengok Confession of a Shopaholic. Good Night, have a wonderful weekend dearies from me and the girls. :wave:

Related Posts with Thumbnails