Archive for Toyota


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Friday, September 18 2009
Posted Under : Love, Toyota
705 views 217 Words
7 Loves

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami sekeluarga. Semoga di hari raya tahun ni kita mendapat keberkatan dan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim. Lisa ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama Lisa berbelog ni ada tersilap kata, terkutuk, tersindir dan terumpat. Haraplah dimaafkan.
Kepada yang bercuti ke kampung, berhati-hati di jalan raya.
**ayat copy tahun lepas punya**

Sempena hari raya kali ni sempat juga nak tukar theme walaupun dalam keadaan sibuk memposting barang sebelum pos bercuti raya. :relieved: Theme kali ni pakai theme tahun 2007 punya sebab malas nak buat yang baru. Ubah sikit-sikit saja dan terus up. Oh, gambar di atas juga gambar di rumah yang diambil tahun lepas.. Nampak gayanya raya tahun ni seperti raya recycle je semua pakai barang tahun lepas. Dan tahun ni dapat 2 pasang baju raya je. Kasut tak ada (tapi adakah akan shopping last minute?) :scratchchin:

Baru je balik dari Toyota sebab kat tayar depan ada bunyi, dah 2 kali repair masih gak bunyi. :whtver:
Esok nak buat kuih makmor.. dan malam nak buat kek batik. :bday: Oh… sekejapnya lagi nak raya! :slaphapy: SELAMAT HARI RAYA!!


7 Loves





Musim Kahwen
Sunday, June 7 2009
Posted Under : Toyota, Wedding
738 views 212 Words
15 Loves

Wah!! Dah lama tak update. Sejak start cuti sekolah ari tu Lisa memanglah tersangat sibuk. :blweek: Kalau lah badan boleh boleh dibelah 3 kan bagus macam Nobita yang pakai alat Doreamon tu. Satu boleh reply email yang tak berkesudahan, satu boleh pegi tolong kat my cousin yang kawen pada first week cuti sekolah dan satu lagi boleh lah mengupdate blog ni hari-hari. Boleh kan cam tu? :star:

Minggu lepas pada 31st May, my cousin telah melangsungkan perkahwinan. (Joe & Amy) Rumah my cousin ni belakang rumah Lisa je, so malam-malam akan kedengaranlah bunyi gamelan dan suara karaoke.


Ini adalah kereta yang membawa pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Oh tidak, itu bukan kereta baru kami walaupun itu kereta Toyota huhu :sponge: Tema mereka adalah putih so kereta pun kenalah putih kan.. :bunny:


click for a better view

Read More »

Related Posts with Thumbnails
15 Loves