Archive for Taeyang & Pullip


Toyz Inc
Thursday, March 25 2010
Posted Under : Blythe, Taeyang & Pullip
1,031 views 712 Words
2 Loves

Hye dearies…

Ini adalah entry tertunda. Hehe.. :2laugh: Ari tu janji nak update pasal Toyz Inc kan?

Awal March ari tu Lisa n Hubby gi KK (lagi) semacam nak jadi kan aktiviti bulanan pulak pegi KK ni. Nasib lah sebelum pegi tu Lisa ada on MSN sekejap dan tiba-tiba dapat mesej dari Sabrina (Macdollz). Dia cakap dia dah bukak kedai toyz dan cafe. Wah! Teruja sungguh Lisa nak jumpa dia, :slaphapy: dah hampir setahun tak jumpa. So time kat KK ari tu kitorang pegi la kedai dia, nama kedai dia TOYZ INC. Kat dalam kedai memang best, macam nak datang dan stay situ hari-hari. Lisa ada take pic :camera: , korang leh tengok k Lisa baru upload ke flickr.



Toyz Inc (TOYZ – CAFE – SHISHA)
Ah.. sayang hari tu tak try shisha sebab kitorang malu-malu hehe… next time lah nak try sampai berasap-asap! Sape pernah try Shisha ni? Best tak?


Korang kenal tak saper ni? Ni lah Ayumi (My Little Candy). Time gi KK ari tu dia pakai wig hitam. Comel kan? :love:


Ni adalah koleksi Rozen Maiden Sabrina. Comel!! Sekarang kalau nak beli doll ni mesti mahal ni.


Ayumi say hello pada kawan-kawan baru dia. Nampak tak doll kat belakang Ayumi tu? Doll tu semua terletak dalam cermin. Cantik lah Sabrina susun, Lisa suka tengok! Siap ada lampu led lagi.


Haa… tengok tu, cantik kan dia susun! :heartbet:
Jom kita tengok doll2 yang kat dalam cermin tu..


Yang kat tepi tu Blanche – Pullip pengantin. Kat tengah Neo Noir – Lisa ada doll ni , dah jadi bini pada Sebastian hihi. Kat kanan tu Lisa tak tau plak nama dia apa.. sorry :ashamed:


Dalam ramai-ramai Lisa suka tengok yang ni. Ada bag travel, ada puppy, banyak aksesori. Comel! Comel!


Yang ni pun comel, ada sheep! Yang topi merah tu My Melody Pullip.


Dal Melize yang comel! Hello Kitty Pullip cam Shima punya. Dan yang comel kecik tu Dal Cinnamon.


Ni pic kat luar kedai. Oh! Sabrina ada doll Momoko gak tau. Yang toy lelain tu hubby dia punya. So hubby apa lagi bercerita :chat: ngan hubby sabrina sampai tak sedar masa dah lewat. Tak pe b, nanti kita datang lagik k. :kiss:

Ada banyak lagi pic yang tak upload sini, korang leh tengok kat Flick Lisa. Click FLICKR.

So, pada sape area KK boleh lah datang kat Toyz Inc ni. Kedai kat Lintas (area restoran salim) kedai tingkat 1 berdepanan dengan driving range. Datang malam-malam best sebab pemandangan kat situ memang superb dan cantik. :thumbsd:


2 Loves
Plugs : beba, Miss Lisa,





Handsome Edward
Friday, August 7 2009
Posted Under : Hello Kitty, Taeyang & Pullip
314 views 523 Words
7 Loves

Harlo.. :peace:

Lamanya tak update! Dan rindunya nak update!! :mymelod2: Aduh lapar plak, tak pe nak update dulu. Makan karang-karang je. [Edit:See post below] Lagi pun malam ni nak keluar lagi nak pegi beli mask. Kat Labuan ni dah makin teruk lah jerebu. Sekolah pun dah ramai banyak tutup gara-gara virus H1N1. Menakutkan lah! Tak boleh nak jenjalan sangat la sekarang. Berkurung kat kedai / rumah je.. :muted:

Hari ni Lisa nak update pasal Sebastian. Taeyang Sebastian sebenarnya, tapi kadang-kadang Lisa panggil dia Edward, ntah kenapa Lisa pun tak tau. :scratchchin: Sebastian sampai pada bulan lepas untuk di-jodoh-kan dengan Emily (Neo Noir) dan nampaknya mereka sangat sesuai serasi hohoho :love:


Inilah Edward pada hari pertama.


Rupa sungguh handsome dan kontrol macho. :2laugh:

Malam tu Lisa debox Edward ni secara laju, Emily malu-malu kusing je nak dekat-dekat. Tapi lama-lama makin melekat plak. hoho :heartbet:


Cun tak mereka berdua? Sesuai sangat kan? :shineluv: Nanti nak ambil pic diorang lagi banyak-banyak lah sampai puas hati.

Semalam cari flu mask tapi dah hampis, laris betul la mask sekarang ni eyh?
Hari ni jerebu cam kurang sikit, harapnya by next week ilang teruslah jerebu tu.. Hujan pun sikit je semalam, teringin nak hujan lebat-lebat :rain: boleh la kurangkan jerebu ni…


Walaupun ini adalah perfume kanak2 riang, tapi kalau dapat secara percuma memang boleh senyum selama sebulan kan? hehe

Perhatian kepada sesiapa yang menjumpa perfume seperti mana-mana di atas sila kembalikan kepada tuan tanah Dearlova.Com.

Tak de la memain je.. okeh nak stop dulu sebelum merapik tak tentu hala… Bubye dan selamat hujung minggu!! :mymelod2:

Related Posts with Thumbnails
7 Loves
Plugs : eyra, abby, julia, Miss Lisa, VuJiE, dira,