Toyz Inc
Thursday, March 25, 2010 ♥ Filed under: Blythe, Taeyang & Pullip ♥ 1,172 views
Hye dearies…
Ini adalah entry tertunda. Hehe..
Ari tu janji nak update pasal Toyz Inc kan?
Awal March ari tu Lisa n Hubby gi KK (lagi) semacam nak jadi kan aktiviti bulanan pulak pegi KK ni. Nasib lah sebelum pegi tu Lisa ada on MSN sekejap dan tiba-tiba dapat mesej dari Sabrina (Macdollz). Dia cakap dia dah bukak kedai toyz dan cafe. Wah! Teruja sungguh Lisa nak jumpa dia,
dah hampir setahun tak jumpa. So time kat KK ari tu kitorang pegi la kedai dia, nama kedai dia TOYZ INC. Kat dalam kedai memang best, macam nak datang dan stay situ hari-hari. Lisa ada take pic
, korang leh tengok k Lisa baru upload ke flickr.

Toyz Inc (TOYZ – CAFE – SHISHA)
Ah.. sayang hari tu tak try shisha sebab kitorang malu-malu hehe… next time lah nak try sampai berasap-asap! Sape pernah try Shisha ni? Best tak?

Korang kenal tak saper ni? Ni lah Ayumi (My Little Candy). Time gi KK ari tu dia pakai wig hitam. Comel kan?

Ni adalah koleksi Rozen Maiden Sabrina. Comel!! Sekarang kalau nak beli doll ni mesti mahal ni.

Ayumi say hello pada kawan-kawan baru dia. Nampak tak doll kat belakang Ayumi tu? Doll tu semua terletak dalam cermin. Cantik lah Sabrina susun, Lisa suka tengok! Siap ada lampu led lagi.

Haa… tengok tu, cantik kan dia susun! 
Jom kita tengok doll2 yang kat dalam cermin tu..

Yang kat tepi tu Blanche – Pullip pengantin. Kat tengah Neo Noir – Lisa ada doll ni , dah jadi bini pada Sebastian hihi. Kat kanan tu Lisa tak tau plak nama dia apa.. sorry

Dalam ramai-ramai Lisa suka tengok yang ni. Ada bag travel, ada puppy, banyak aksesori. Comel! Comel!

Yang ni pun comel, ada sheep! Yang topi merah tu My Melody Pullip.

Dal Melize yang comel! Hello Kitty Pullip cam Shima punya. Dan yang comel kecik tu Dal Cinnamon.

Ni pic kat luar kedai. Oh! Sabrina ada doll Momoko gak tau. Yang toy lelain tu hubby dia punya. So hubby apa lagi bercerita
ngan hubby sabrina sampai tak sedar masa dah lewat. Tak pe b, nanti kita datang lagik k.
Ada banyak lagi pic yang tak upload sini, korang leh tengok kat Flick Lisa. Click FLICKR.
So, pada sape area KK boleh lah datang kat Toyz Inc ni. Kedai kat Lintas (area restoran salim) kedai tingkat 1 berdepanan dengan driving range. Datang malam-malam best sebab pemandangan kat situ memang superb dan cantik.
Angel Abby
Friday, July 10, 2009 ♥ Filed under: Blythe, Hello Kitty ♥ 909 views
Hi we meet again!
Lamanya blog ni bertapa. Spam pun banyak masuk kat shout box. Pandainya makcik-makcik spam lepak sini, borak apalah agaknya diorg tu..
Ok ok… dari ari tu lagi Lisa cakap nak update parcel dari Abby.. hari ni Lisa nak update, yang lain ke tepi dulu oke!
Awal bulan Jun lepas Lisa contact Abby yang baik hati nak minta tolong Abby belikan Lisa GPS. Tujuan asal nak beli GPS ni sebab bulan Jun ari tu Lisa dan Hubby bercuti kat Sabah. Kalau ada GPS senang nak pergi tempat-tempat menarik yang tak pernah pegi. Dan plan nak pergi Kundasang dan Tip Of Borneo, tapi sayang tak sempat.
Haiph!! kita fokus kepada parcel Abby ok.
Ini adalah parcel dari Abby, besar tau kotak yang di balut dengan hello kitty ni. Deco tapes yang Abby guna sungguh comel
Lisa sungguh sexcited time dapat parcel ni.
Abby packed barang sungguh cermat. Semua barang Abby wrap ngan plastic dan bubble wrap. Dan Lisa tak tau kertas kat atas tu Abby potong sendiri atau beli, tapi kalau Abby potong sendiri memang Abby rajin sebab banyak sangat. Thank you Abby.
Inilah isi kat dalam kotak tu… (ada lagi sebenarnya tapi tu tunggu dulu, next post) Abby bagi Blythe Wallet, wallet ni Lisa nak simpan dalam almari nak kumpul semua barangan Blythe. HK tissue, HK chopsticks, Sanrio datebook, HK pen & pencil. Sayang nak guna semua ni, tapi pen tu Lisa nak pakai nanti time tulis kat datebook Kuromi.
Thank you so much Abby.. pasni Lisa nak update post GPS plak..
Oh hari ni kan husband Emily sampai tau… mesti Emily tak sabar nak tengok her future hubby.
Plugs :
