Glossy Box
Thursday, May 26, 2011 ♥ Filed under: Beauty, Makeup, Skin Care ♥ 910 views
Apa itu Glossy Box?
Ok, ia macam ni setiap bulan kita kena bayar 10 £ (dalam RM50) ke Glossy Box dan selepas tu Glossy Box akan hantar sampel barangan makeup, perfumes, nail polish, etc ke pintu rumah kita.
Best kan? Kita berpeluang untuk mencuba produk baru & terkini, dan jika kita suka sampel yang kita terima tu, kita boleh beli di web Glossy Box dengan harga diskaun. Cuma yang tak bestnya, perkhidmatan ini hanya terdapat di UK saja.
Jom tengok macamana rupa Glossy Box tu..
Inilah rupanya box tu.. cantik tak box tu?
pic from gottaloveatrier
Ni adalah isi Glossy Box untuk bulan MAY.
pic from gottaloveatrier
Nars – Orgasm illuminator, Alterna – Caviar Rapid Repair Spray, Daniel Sandler – All For Eve, Invigorate Lotion, Bionova Cleanser
pic from thefairyprincess
Ramai orang puji sebab dapat full size NARS Orgasm Illuminator utk bulan MAY. Bukan dapat sample kecik-kecik tapi dapat full size.
Kalau nak beli Nars ni dalam RM110 camtu. So worth it tak? Isi bulan JUNE nanti mesti lagi best kan?
Kan best kalau kat Malaysia ada buat cam Glossy Box ni.. tapi masalahnya ada ke yang sanggup bayar? Atau pihak Glossy Box buat open untuk worldwide. Boleh la try untuk beberapa bulan. Kalau dah rasa tak nak terima goodies tu boleh unsubscribe.
Best kan?
p/s – hari ni cashout ChurpChurp dan Nuffnang. Mudah-mudahan cek tu cepat sampai.
Princess Mimi Lens
Saturday, May 7, 2011 ♥ Filed under: Beauty, Makeup, Shopping ♥ 629 views
Sape kenal Tsubasa Masuwaka? Kalau tak kenal sila google ye. Kalau kat Tumblr memang berlambak pic Tsubasa ni. Dia sangat famous sebab ada product sendiri (Dolly Wink, Candy Doll, Liz Lisa) dan dia sangat cantik. Tak caya, tengok gambar bawah ni.

Nampak tak dia pakai lens tu? Dia pakai Princess Mimi lens atau Bambi Chocolate kalau kat Jepun. Bulan lepas lens ni sampai dari Korea. Tak sabar nak pakai sebab perasan nak jadi macam Tsubasa ni. haha 
Lens ni memang cantik dan sangat comfy. Lisa pakai 6jam masih selesa tapi dengan bantuan Rohto.. 

Tak jelas? Close up sikit… tapi tolong ignore kening kusut Lisa ok.

Sama tak? Hehe… lens ni ada 3 color, Brown, Grey & Green. Next macam nak try green pulak…
Oh, Tsubasa Masuawaka ni sebenarnya buat pembedahan untuk jadi cantik macam sekarang ni. Jom tengok pic dia Before & After.
Plugs :Julia,
