Berapa hari lagi…
Sunday, November 28, 2010 ♥ Filed under: Wedding ♥ 1,080 views
Tinggal berapa hari lagi?
2 minggu je lagi…
Minggu sangat busy, kat rumah sekarang ni tengah lekat thank you tag kat bunge telur, etc. Tadi print lagi sikit tag tu sebab yang kat rumah tu tinggal sikit. So malam ni boleh continue lekat tag tu.
Esok (29hb) nak gi Beethoven cari cadar. Target nak beli yang simple-simple je, begini boleh?

credit : Wedding Inspirasi
Konon-konon nak tema color pink + white. Tengok la esok macamana, mudah-mudahan menjumpa kaler idaman.
Oh, minggu jugak nak siapkan bilik, so next week boleh buat benda lain. Katil dah booked, beli divan bed je. Tak beli yang set sebab dresser pun baru je beli bulan Jun ari tu time tunang.
So jimat lah $$ hehe
Dan mudah-mudahan minggu ni boleh dapat payung lace idaman kalbu tu. Kalau tak dapat, tak tau la cemana…
tapi mudah-mudahan dapat! (think positive)


This week jugak encik tunang kena pegi JAWI utk confirmkan kadi. Pastu nak gi cuci gigi, test mekap, settle kan cake. Cake tak booking lagi nih! Aih…. oklah, nanti sambung lagi.. nak tengok design2 kek kat google jap. Bye
Kahwin Checklist
Friday, November 5, 2010 ♥ Filed under: Wedding ♥ 2,012 views
Lamanya tak update blog. Sibuk menyiapkan apa yang belum siap. Tak lama je lagi… mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.
Checklist Kahwin
- Kursus Kahwin / HIV – bulan julai hari tu dah pegi
- Daftar Kahwin kat Pej Agama, submit semua document/borang – dah, tinggal nak ambik je lagi
- Kad Jemputan – dah order, nak ambil next week.
- Katil/cadar – baru nak servay
- Nikah
- Sanding
a. Catering (kalau nikah tak sama hari sanding) – masak di rumah
b. Kanopi (sewa) – sewa kazen punya
c. Baju Nikah – dah ada, simple2 je.
d. Mak Andam/Tukang mekap… – dah contact, next appointment next week.
e. Pakai Inai – nak yang lukis2, sape pandai? sila contact asap – area Labuan aje
f. Mas Kahwin – ni bakal suami yang uruskan
g. Bayar Jurunikah – bakal suami jugak
h. Barang Kemas batal air sembahyang – bakal suami.. hehe
a. Tarikh – 12hb December
b. Theme – GOLD
c. Catering hari sanding – saudara mara yang masak
d. Pelamin – sekali mak/pak andam
e. Main Table – x tau lagi..
f. Baju Sanding – dah hantar… fitting 30hb Nov
g. Cameraman – da booked & deposit
h. Tukang Baca Doa – mak yg urus
i. Group Marhaban – mak jugak
j. Kompang – babah / mak urus..
k. Muzik – karaoke – babah urus
l. Mak Andam / Tukang Mekap – dah..
m. Baju Malam Berinai – dah hantar jahit
n. Kek Kahwin – kakak ku tolong lah deal ngan kwn mu itu…
o. Baju Potong Kek – pakai baju kahwin je
p. Bunga Pahar kat pelamin – sekali dgn pelamin
q. Alat2 Merenjis – Bunga rampai untuk letak dalam bekas merenjis – sekali dgn pelamin
r. Bantal kecik kat pelamin dan kipas untuk pengapit pegang – sekali dgn pelamin
s. Bunga Telur / berkat untuk tetamu – Jangan lupa beli telur dan rebus – mami urus
t. Pengapit (Baju) – dah, miss shareen
Ok, ada apa-apa lagi yang tinggal?
Plugs :
