Archive for September, 2009


Medan Selera
Wednesday, September 23 2009
Posted Under : Live Blogging
316 views 84 Words
2 Loves



Medan Selera

Originally uploaded by Dearlova ♥


Lamanya tak pekena teh tarik yang sedap kat medan. Malam ni teringin nak makan luar lepak ngan hubby.


2 Loves
Plugs : Lisa, Miss Lisa,





Selamat Hari Raya Aidilfitri
Friday, September 18 2009
Posted Under : Love, Toyota
704 views 217 Words
7 Loves

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami sekeluarga. Semoga di hari raya tahun ni kita mendapat keberkatan dan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim. Lisa ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama Lisa berbelog ni ada tersilap kata, terkutuk, tersindir dan terumpat. Haraplah dimaafkan.
Kepada yang bercuti ke kampung, berhati-hati di jalan raya.
**ayat copy tahun lepas punya**

Sempena hari raya kali ni sempat juga nak tukar theme walaupun dalam keadaan sibuk memposting barang sebelum pos bercuti raya. :relieved: Theme kali ni pakai theme tahun 2007 punya sebab malas nak buat yang baru. Ubah sikit-sikit saja dan terus up. Oh, gambar di atas juga gambar di rumah yang diambil tahun lepas.. Nampak gayanya raya tahun ni seperti raya recycle je semua pakai barang tahun lepas. Dan tahun ni dapat 2 pasang baju raya je. Kasut tak ada (tapi adakah akan shopping last minute?) :scratchchin:

Baru je balik dari Toyota sebab kat tayar depan ada bunyi, dah 2 kali repair masih gak bunyi. :whtver:
Esok nak buat kuih makmor.. dan malam nak buat kek batik. :bday: Oh… sekejapnya lagi nak raya! :slaphapy: SELAMAT HARI RAYA!!

Related Posts with Thumbnails
7 Loves