Hi there,
How are you doing? It’s Friday already kan? Cepatnya.. macam baru je hari Isnin.
Sekarang ni cuaca tak menentu kekadang hujan, macam 2 hari lepas angin kuat. Tak berani nak keluar jalan-jalan. Lisa kalau ribut mesti takut, takut pasal lampu black out, angin kuat, hujan lebat. Pernah satu kali time kecik Lisa ngan kakak je kat rumah, time tu hujan lebat dan angin kuat. Lisa nangis takut kat dalam bilik sampai muntah-muntah
Penat my sis pujuk. Lucu plak rasanya time tu kalau diingat balik..
Dan sekarang ni ramai orang batuk + demam sebab cuaca ni. Kenalah jaga kebersihan, persekitaran dan kesihatan. Tambahan pula penyakit H1N1 skang ni, menakutkan.
Kenalah pakai mask kalau ke mana-mana.
Hari ni Lisa free sikit, so telah pun siap mengerjakan Birthday List
ni. Script ni dah lama Lisa buat tapi sejak berpindah randah dari satu hosting ke hosting yang lain script-script kecil seperti ni dilupakan. Tapi hari ni dah ok balik, Lisa dah kerjakan sampai berfungsi semula. Oh semalam Lisa dah bayar hosting untuk Dearlova & SecretEyes. Domain expired hari ni, nasib la masih sempat kalau tak mesti tak boleh masuk web ni hari ni kan. Untuk pengetahuan semua, Lisa menggunakan khidmat hosting dari Server Freak yang sangat bagus dan pantas. Customer service memang tip top!
Siapa yang nak beli domain hosting bolehlah try kat Server Freak ni k!
Ok ok, berbalik pada Birthday List
. You all boleh lah add birthday korang kat Dearlova Birthday List. Jomlah meramaikan list di situ k. Mana lah tau dapat hadiah secara rahsia hehe
Oh, kalau you all nak install script ni kat blog boleh lah download dari blog Najwa at Saw You Cry. Tapi yang penting kena ada database dan php. Kalau nak sesaja try test boleh la install kat free web hosting.
Minggu ni Lisa dapat 3 parcel semua berciri Hello Kitty, tapi pic tak ambik lagi. Nanti Lisa update k. Jangan lupa tau add your birthday at Dearlova Birthday List. Love you all! Happy weekend.




















Friday, August 14 2009