Semuanya Saya Mau!
Friday, March 27, 2009 ♥ Filed under: Totally Nonsense ♥ 1,266 views
Harloo….
Hari tu time pegi KK Lisa &
Hubby pergi ke satu kedai yang penuh with HK stuff. Actually last year sudah pegi tapi tak beli apa-apa pun, so kali ni pegi lagi (konon nak balas dendam lah) dan MESTI mengangkat dan membeli sesuatu.
Cuma sayang lah kali ni pegi kitorang tak bawa kereta, cuma naik ferry express je. So untuk mengangkut sesuatu yang besar dan mahal berat juga adalah mustahil.
Ok jom tengok barang-barang yang ada kat dalam kedai tu.

Kalau lah time tu membawa
tamak tak? Mesti bahagia kan kalau semua barang-barang tu berada di dalam bilik.
Setiap pagi membuka mata terlihat semua benda yang comel teruslah bersemangat nak membuat kerja. Kali ni Lisa cuma beli HK bag case pink kat belah kiri tu. Sekarang sudah diguna untuk menyimpan baju, boleh lihat di entry Mempacking Baju.

Ini adalah set kitchen Mother Garden. Kalau Lisa ada anak perempuan nanti Lisa nak beli set ni dan letak dalam her room. Nanti boleh la main sama-sama, menghidang kueh sambil minum petang untuk si anak lelaki dan hubby yang berperanan sebagai tetamu. huhu…. (Lisa sudah dapat membayangkan muka mereka yang seperti terpaksa dan dipaksa menjadi tetamu haha!)

Dan ni adalah set kerusi. Di kerusi ini lah di mana situasi minum petang sekeluarga berlaku. Ngam lah untuk 4 orang. Hehehe

Meja study juga bakal dibeli untuk anak perempuan Lisa. hehe Mesti merajuk 40 hari lah si anak lelaki nanti. Tak pe, anak lelaki biarlah hubby yang manja kan dia dengan toy-toy TF, ganas tu.
Oh! Lupa nak membagitau baru-baru ni hubby ada mengorder HellBoy II (Angry Face) 18″ dan patung tu dah sampai. Nanti lah Lisa upload pic ke flickr, k.
Hubby juga mensurprisekan Lisa dengan membelikan re-ment Flirty Pink. Lisa tak main lagi tapi boleh lah melihat di sini apa yang ada dalam kotak re-ment tu >> Flirty Pink.
Okeh, Lisa stop sini dulu k. Nanti kita bersambungan lagi.
Bye~
Tengok Copycat Ini
Tuesday, March 24, 2009 ♥ Filed under: Totally Nonsense ♥ 1,209 views
Jom tengok apa yang Lisa jumpa time meronda-ronda kat flickr semalam. Lisa tengah mencari-cari idea untuk matchbox swap tiba-tiba pula terjumpa sesuatu. Haa… pandai tak para-para copycat fake sekarang ni… ye lah kan sedangkan henpon pun boleh di potosat, ni kan pula benda ni kan? Lihatlah mereka suka-suka mengikut dan membancuh kopi cuba membuat rupa yang sama. Tapi buat kopi pun tak sesedap kopi yang ori. Yang ori tetap lebih cantik dan mahal huhu
Jom kita sama-sama tengok apalah yang mereka copy tu…

Ini adalah rupa kotak yang mereka buat. Alah macam kotak kasut je kan… Tak secanggih yang ori, kalau kotak ori lebih cantik, colorful, meriah, official.
Ok ni ada lah rupa kotak tu bila sudah dibuka…. tenang-tenang ok semua.. 

Haa.. yang ni V-Smash? sama tak? Isk… tak sanggup lah Lisa nak tengok… korang tengok dan nilai lah sendiri k.

Customized Blythe? Blythe wannabe?

Look this one looks so real!!! Ahh… seperti doll customize kan? Oh tidak…
Actually doll ni namanya Jecci Five doll, dibuat di China. Memang mengikut dan teringin menjadi Blythe. Harga doll ni pun lebih murah dari original blythe maybe dalam 100-200 je kut.. Kalau camtu I rather buy ori doll dari yang ni walaupun kekadang kan nampak yang ni macam lebih cantik dan tak perlu nak bersusah payah mengcustom. Dan for sure yang ni tak de pull string untuk tukar-tukar mata…
Ok, sudah. Lisa dah sakit kepala…..malas nak tulis lagi… sila lah komen… k. Bye
Plugs :
