Ah… I really miss my blog. Dah lama Lisa tak update… sungguh malas busy sebenarnya
Hari ni seperti terasa nak merajinkan diri… huhu
Last weekend kitorang bercuti ke KK, actually Lisa ada nak jumpa dengan Pullip seller ngan sorang doll collector, tapi tu nanti lah Lisa cerita k… next entry.
Untuk entry kali ni, Lisa nak share beberapa hari sebelum keberangkatan kitorang ke KK, Lisa menerima dua pos express. Memang sengaja mengorder awal-awal sebab nak pakai sebelum pegi KK hehe..


Satu tu Lisa order Relian Mascara, tapi effect tak sebest mascara Lisa yang sebelum ni. Sebelum ni mascara yang Lisa pakai bulu mata nampak panjang dan lentik
cuma dapat 2.5 bintang jeYang satu lagi tu mask shiseido untuk hidung strawberry ku ni. Ada orang pakai seluruh muka, ada yang pakai kat hidung je… Lisa try test pakai se-muka.. huhu sakit la time nak tanggalkan mask tu, abis bulu roma ikut tercabut. Lisa baru pakai satu kali, beli 5pcs, sekali pakai 1 paket pun tak abis so boleh la pakai 2,3 kali. Untuk mask ni ok gak lah.. boleh la hilang strawberry tu sikit-sikit. Kena try 2,3 kali barulah hilang seluruhnya kan.. mask ni dapat 3.5 bintang dari Lisa.
Minggu lepas Lisa & Hubby ke kedai PINK LADY dan sempat membeli untuk kegunaan kepuasan sendiri. Hajat di hati cuma ingin melihat-lihat, tapi akhirnya membeli jugak kerana hati tak tahan lagi hehe 


Lisa beli mouse pad HK untuk dimatchkan dengan Hello Kitty Mouse yang hubby belikan tahun lepas. Juga sempat mengrab keychain Prince & Princess, boleh la pakai untuk kunci bilik.

Okeh, lepas ni nak taip satu lagi entry… so, datang lagi nanti ek… kita




















Sunday, February 22 2009