Archive for December, 2008
Aduh, lambatnya internet ni. Dari tadi try send email dan upload gambar ke Flickr. Asyik 99% je.. ni pun kali ke dua Lisa type post ni, yang sebelum ni hilang walaupun ada autosave sama gak hilang. Ada 3g broadband pun macam dial up!!! Terpaksa dc kan banyak kali.. asyik dapat 0.00kb/s je /piff!!!!!
Sekarang ni Lisa & Hubby bercuti-cuti sekejap. Memandangkan abang ipar ku dah ok dan selamat pulang ke rumah, kami minta kebenaran mami + babah pegi KK sebab ada barang yang nak dibeli, lagipun sekarang tengah sales kan…
(takkan ku lepaskan begitu saja) hehehe semalam dah memborong body shop hari ni maybe nak pergi lagi.. tengok lah macamana.
Oklah, Lisa tak boleh lama kang kena marah plak lambat bersiap dahla belum mandi hehhee…
Nanti kalau line dah ok Lisa upload gambar kat Flickr time kat 1Borneo ari tu, ada salji tau…

Hari Jumaat lepas ada berita sedih. Abang ipar eksiden kat bukit Pancur Hitam. Mummy cakap kat tempat tu keras, dah la time tu dia balik maghrib sorang-sorang pakai motor. Lisa & hubby masih kat kedai tiba-tiba kakak telepon nangis bagi tau her hubby accident. Terkejut dan terus bergegas ke hospital. Sampai hospital semua muka sedih dan panic.. Tunggu punya tunggu doctor bagitau kena hantar ke Kota Kinabalu malam tu juga pakai kapal TUDM. My sis ikut, mula-mula dia suruh Lisa ikut tapi last-last my bro lah yang temankan. Muka hubby dah berubah abis time kakak cakap Lisa ikut temankan dia.. hehe
Esoknya kami pula bertolak ke KK, tu pun waiting list kat ferry. Tunggu jam 1 tak lepas walaupun dalam waiting list, try malam jam 7 baru lah dapat. Tiket memang sedia ada tapi terpaksa awalkan sebab emergency. Alhamdulillah selamat sampai walaupun jalan malam dan hujan lepas. Mana lagi my nephew lagi berperangai dalam kereta. Sampai Menumbok air plak pasang, nasib baik kereta tinggi so senang lah nak redah air banjir tu. Agaknya macamanalah kereta kancil nak naik feri malam tu.. mesti air masuk dalam kereta.
Selama kat KK, memang sibuk teramat. Setiap pagi me & hubby jaga kat hospital sebab kakak nak balik hotel mandi. Nasiblah her hubby ni tak teruk, cuma patah bahu dan luka kat gegendang telinga. Kesianlah juga tengok my sis, mesti dia sedih kan. Hari Isnin me & hubby balik Labuan sebab rumah tak de orang jaga plus my meows semua mesti konpius kenapa tiba2 rumah kosong. Nasiblah ada ngah cigu and her anak-anak tolong tengok-tengok kan rumah dan bagi makan meow-meow ku.
Semalam beli tiket airasia untuk mom + babah and my nephew x 2. Hari ni tadi sampai jam 12.20pm. My sis plak balik petang. Alhamdulillah semuanya selamat, mungkin hari ni masih tinggal kat hospital labuan. Tunggulah 2,3 hari barulah balik ke rumah. Tu pun my bro in low merungut makanan kat hospital tak sedap, nak makan buburlah, ayam lah.. Penat mami pujuk kena makan banyak-banyak barulah kuat dan dapat balik rumah makan sedap-sedap. Tapi yang penting semua dah selamat, tinggal my big bro jak lah yang masih d KK, esok malam dia balik bawa kereta.
[private]Esok turn kami plak pegi KK, balik hari Ahad pagi jam 10.30am. Mudah-mudahan selamat pergi dan selamat balik. Amin. Mudah-mudahan juga kami tak boros.[/private]

« Older Entries Newer Entries »




















Friday, December 19 2008
Plugs :