Hari Jumaat lepas ada berita sedih. Abang ipar eksiden kat bukit Pancur Hitam. Mummy cakap kat tempat tu keras, dah la time tu dia balik maghrib sorang-sorang pakai motor. Lisa & hubby masih kat kedai tiba-tiba kakak telepon nangis bagi tau her hubby accident. Terkejut dan terus bergegas ke hospital. Sampai hospital semua muka sedih dan panic.. Tunggu punya tunggu doctor bagitau kena hantar ke Kota Kinabalu malam tu juga pakai kapal TUDM. My sis ikut, mula-mula dia suruh Lisa ikut tapi last-last my bro lah yang temankan. Muka hubby dah berubah abis time kakak cakap Lisa ikut temankan dia.. hehe
Esoknya kami pula bertolak ke KK, tu pun waiting list kat ferry. Tunggu jam 1 tak lepas walaupun dalam waiting list, try malam jam 7 baru lah dapat. Tiket memang sedia ada tapi terpaksa awalkan sebab emergency. Alhamdulillah selamat sampai walaupun jalan malam dan hujan lepas. Mana lagi my nephew lagi berperangai dalam kereta. Sampai Menumbok air plak pasang, nasib baik kereta tinggi so senang lah nak redah air banjir tu. Agaknya macamanalah kereta kancil nak naik feri malam tu.. mesti air masuk dalam kereta.
Selama kat KK, memang sibuk teramat. Setiap pagi me & hubby jaga kat hospital sebab kakak nak balik hotel mandi. Nasiblah her hubby ni tak teruk, cuma patah bahu dan luka kat gegendang telinga. Kesianlah juga tengok my sis, mesti dia sedih kan. Hari Isnin me & hubby balik Labuan sebab rumah tak de orang jaga plus my meows semua mesti konpius kenapa tiba2 rumah kosong. Nasiblah ada ngah cigu and her anak-anak tolong tengok-tengok kan rumah dan bagi makan meow-meow ku.
Semalam beli tiket airasia untuk mom + babah and my nephew x 2. Hari ni tadi sampai jam 12.20pm. My sis plak balik petang. Alhamdulillah semuanya selamat, mungkin hari ni masih tinggal kat hospital labuan. Tunggulah 2,3 hari barulah balik ke rumah. Tu pun my bro in low merungut makanan kat hospital tak sedap, nak makan buburlah, ayam lah.. Penat mami pujuk kena makan banyak-banyak barulah kuat dan dapat balik rumah makan sedap-sedap. Tapi yang penting semua dah selamat, tinggal my big bro jak lah yang masih d KK, esok malam dia balik bawa kereta.
[private]Esok turn kami plak pegi KK, balik hari Ahad pagi jam 10.30am. Mudah-mudahan selamat pergi dan selamat balik. Amin. Mudah-mudahan juga kami tak boros.[/private]




















Tuesday, December 16 2008