Another Weekend
Saturday, November 22, 2008 ♥ Filed under: Totally Nonsense ♥ 793 views
Selamat Hujung Minggu.. aik, posting sebelum ni pun dibuat hujung minggu gak kan.. agaknya Lisa ni rajin nak update blog time weekend je kan.. hari-hari biasa rajin ronda-ronda blog orang dan sekodeng itu dan ini huhuhu…
Apa sangatlah yang ku skodeng, ebay, lelong.. pastu leave tanpa beli apa-apa. :crycry: kesian tak?
Awal minggu ari tu datang 5 kotak barang dari Korea. Kesian pacik poslaju tu keberatan angkat barang-barang kami. Sejak datangnya kotak-kotak tu bermula lah kebizian lagi. Tu pun tak abis lagi.. lepas ni nak sambung lagi sampai pengsan. heh Doakan lah supaya Lisa tak malas k. :write:

Bosannya malam ni… hubby tengah layan DVD Dragon Ball. Lisa pun tengok gak la tapi tak layan sangat. Oh ya semalam angkel poslaju citylink datang bawak barang hubby. Rupanya dia beli patung Dragon Ball yang kat website tu. Ingatkan patung Wall-E tu lah patung terakhir untuk tahun ni rupa-rupanya ada lagi. Haha sama lah tu.. macam Lisa gak ingatkan Eeva tu lah yang last tapi ada plak lagi.
MWS tu tak bukak lagi, ingat nak biarkan dalam kotak dulu. Siapa nak beli mungkin akan dipertimbangkan, sila lah letak bid anda. Best bid win. Hehe..
Oh ya minggu lepas jugak Lisa memberanikan diri dan menjoinkan diri ikut swapbot pertama Lisa. Takut gak lah mula-mula nak ikut kang silap ke apa dapat negatif plak. Tapi sampai bila nak takut kan.. so untuk yang first ni Lisa join swap matchbox. Fun gaklah buat matchbox tu, pastu letak cute kawaii item dalam matchbox dan kalau dah siap kirim. Lisa dapat swap friend dari Malaysia gak.. tak sabar nak pos hari Isnin ni. Harap-harap dia tak sekodeng lah blog ni kang tau plak dia apa benda yang Lisa send kat dia. hehehe Lisa harap dia akan suka dan senang hati bila dapat matchbox ni nanti 
Ini lah kawaii item dan gambar matchbox yang akan Lisa send. Not badlah kan untuk first attempt ni hehe

Kemarin dalam sibuk mencari-cari wrapping paper yang comel-comel terjumpa plak cute badge ni, gambar blythe plak tu terus lah terkam. Kecil dan comel je, makcik tu jual RM1.50 satu badge.. mahal eh.. cuma ambik 5 je lah.

Okeh cukuplah dulu, nak sambung kerja sambil layan tengok tb. Good nite all.. Selamat hujung minggu~

Plugs :
