Terpaksa post awal-awal sebab esok maybe Lisa tak online sebab tengahari ada kenduri kat rumah… pastu petang cam tu kenduri kat rumah my auntie plak… Sibuks…. dengar-dengar kat Labuan Square pun ada jamuan makan-makan.. :frenchfries: huhu asyik makan je kan sebelum bulan puasa nih… wuwu :slaphappy: tak sabarnya nak raya… baju raya tak beli lagi, pastu Lisa ada ternampak satu handbag yang lawa
daaaannn teringin sesangat nak beli, tapi tunggu dulu la… kena kira budget dulu hehe kang lari budget meranalah daku dipagi raya yang indah huhu
Dua hari ni Lisa jarang online sebab nak tau nape? Dah lebih setahun Lisa tak main THE SIMS 2, kesian game tu tersimpan dalam almari…
Hari Selasa hari tu Hb try install sebab lepas upgrade pc nih dari Win ME ke XP ari tu memang tak bleh main game nih… (ye lah pc kampungan manalah nak lepas requirement game nih)… lepas je Hb installkan ari tu sampai la sekarang ni melekat asyik main game ni jerk…
dapat plak banyak cheats kat tenet ni lagi la Lisa leka, sampaikan email-email kat dearlens secreteyes yang bertimbun tu tak ter-reply2… adui….
Sekarang ni tengah tunggu my parcel dari GNG Dueba Korea, kalau esok tak cuti confirm esok sampai, tapi memandangkan cuti alamat sampai minggu depanlah jawapnya. Awal bulan Ogos ari tu dah dapat untuk batch #5 dan dapat good feedback dari my dealer.
Alhamdulillah, semoga bisnes terus maju dan maju.
Malam ni cam tak ramai orang nak sambut Merdeka kat Labuan Square. Tak cam tahun-tahun sebelum ni, ramai dan parking pun susah nak cari… kalau dapat pun jawuh.. persoalannya, kenapa sambutan merdeka tahun ni tak cam tahun-tahun yang sudah?
a) Maybe sebab hujan, tapi hujan pun tak de la lebat sangat.
b) Maybe sebab masih awal orang malas nak turun awal-awal sebab lama nak tunggu bunga api?
c) Maybe sebab artis yang datang tak best?
d) Maybe tak de semangat nak sambut merdeka?
e) Maybe orang lebih suka tengok tv kat rumah?
f) Maybe suka-suka tak nak pegi?
g) Maybe diorang tengah baca blog ni.. huhu
h) Maybe tak de yang berkaitan di atas?
Berapa banyak Maybe daaa… :raspberry:
Okeh la… daku nak sambung main THE SIMS 2 buhbyeee!!




















Thursday, August 30 2007