Lamanya tak blogging. Rasanya bulan June ni jadual penuh dengan aktiviti-aktiviti yang tak dijangka, jadi masa untuk berblog ni pun terhad. 
Awal bulan June hari tu dah pergi Kursus kat Ujana Kewangan selama 3 hari anjuran Belia dan Sukan. Selepas kursus tu sebenarnya ada lagi kursus dari anjuran yang sama di Putatan, Sabah. Tapi Lisa dan HB memang dah tau yang nama kitorang tak ada dalam list untuk pergi kursus di Putatan tu. Lagipun masa seperti tak mengizinkan untuk kitorang pergi.. so, lepas 3 hari kursus tu, get back to life macam biasa. 
4 hari sebelum berangkat Pn. Siti telefon dan bagitau yang nama Lisa & HB ada dalam senarai untuk Kursus Keusahawanan Belia dan Sukan (SABAH, SARAWAK & WP LABUAN) di Putatan dan dia nak jawapan secepat mungkin. At first Lisa & HB cam tak nak pergi sebab seminggu kena tutup cc, tapi difikir balik sayang gak kan. Semua perbelanjaan ditanggung, lagipun kitorang memang dah lama rancang nak pergi KK dari tahun lepas lagi… so difikir-fikir, kitorang pun terima dan hari Jumaat tu ambil tiket dan kitorang pergi pada hari Isnin (18hb Jun)
18hb June
Pagi tu berangkat jam 8.30pagi naik ferry express. Beberapa kali HB cakap sayang tak bawak kereta tapi nak buat cemana kan dah terlajak pergi. Selalu kalau Lisa naik ferry express Lisa suka ambil seat kat atas sebab Lisa takut mabuk laut walaupun sebenarnya Lisa tak. Tapi kali ni ada HB so mabuk tak mabuk belakang kira huhu…
so dapat seat bawah. Pagi tu tak ramai orang ikut, mungkin sebab hari Isnin. 3 jam camtu baru sampai KK. Selalu 2 jam setengah je, lambat tul ferry ni. Pastu sejuk plak tu…
Sampai KK, kumpul ramai-ramai pastu terus naik teksi pegi KK Putatan. Bayar RM 30.00 tuk naik teksi, tapi bayar RM 10 seorang sebab yang naik 4 orang so kongsi-kongsila bayar. Actually nak suh my bro ambil sebab dia bawak kereta YB Hj Suhaili tu pegi KK (atas urusan apa, Lisa pun tak taw), tapi memandangkan hari tu gak dia balik Labuan jadi tak sempat nak ambil kitorang.
Sampai je kat KBS Putatan sunyi je, cam tak de apa-apa berlaku. Tanya kat kaunter pertanyaan, guard tu pun cam tak tau apa-apa.
Cari punya cari jumpa gak Office Kompleks tu, diorang bagi borang untuk stay kat asrama. I thought kan kitorang ni cuma daftar kat KBS je then stay kat memana except hostel ni. Tapi sangkaan Lisa silap. Nak gak Lisa & HB stay out kat KK, tapi memandangkan harga teksi nak gi KBS ni je dah RM 35.00 (extra RM 5 sebab call teksi) sehari nak RM 140.00 pergi balik, pastu darab ngan 5 hari…
miskin lar camni… Lagipun jadual tak dapat lagi, so petang tu pegi hostel dan kemas-kemas. Cam tak kena je nak suh kitorang tinggal kat hostel, sebab kitorang ni kan usahawan yang dah ada business sendiri (mostly heheh), nak tinggal hostel ni cam bebudak plak.. chewah!
Hari tu kursus kat Labuan pun tinggal kat Beta Apartment, kali ni tinggal kat hostel plak.. tak de peruntukan lagi kot KBS negeri Sabah ni.
HB dapat room sebilik 4 orang, Lisa dapat sebilik 10 orang adei..
ramainyer….. teringat plak time dulu-dulu tinggal kat hostel.
Dah siap kemas-kemas, kitorang turun pegi makan dan tunggu kedatangan orang lain yang join ikut kursus tu. Malam tu ada taklimat, suai kenal etc etc. Ada yang dah ada business besar pun ikut kursus ni sesaja nak cari pengalaman dan network. Ramai gak yang tak puas hati dengan tempat tinggal.. heheh majoriti tak suker…
19-20hb June
Huray time ni kitorang dah dibenarkan guna bilik ICT. :hyper: Boleh la Lisa online tapi malas nak update blog ni haha, cuma cek-cek email je… Tak de la busan asyik dengar ceramah je kan. So, apart from dengar ceramah, banyak masa Lisa & HB habiskan kat sini.
21-22hb June
Ramai plak budak datang tinggal kat hostel.
Sebelum ni kat tingkat atas cuma satu bilik je digunakan (kitorang la tu), kali ni datang lagi 150++ orang sebab hari Jumaat diorang ada pertandingan tarian kebudayaan kat Dewan Rakan Muda. Dan hari Jumaat tu merupakan last day. Tak sabar nak keluar dari “penjara” huhu… petang tu call teksi terus pegi KK dan hantar kawan pegi terminal Jesselton Point. Lisa & HB tukar tiket balik hari Sabtu nak ronda-ronda KK dulu…
23hb June
Jenjalan kat KK. Nyesal tul tak bawak kereta!! Habis sakit kaki Lisa jalan dari Wisma Merdeka – KK Plaza – Center Point – Wawasan Plaza. Kata orang jauh berjalan luas pemandangan, tapi Lisa jauh berjalan sakit kaki :bawling:. Next time kalau pegi lagi mesti bawak kereta, tak mau la jalan kaki lagi.
Beli barang sikit-sikit, ronda-ronda kat Karamunsing servay komputer, etc. Ramai orang kata kat Karamunsing ni Pc, laptop murah.. tapi memang betul lah. Kalau kat Labuan diorang pakat jual PC sampai 2-3 ribu, kat KK dalam 1-2 ribu je, spec etc semua sama. Kalau ada modal 100k nak gak kitorang bukak kedai jual komputer kat Labuan ni.
23hb June
Tengahari balik Labuan ikut ferry express jam 1.30 petang. Dalam ferry tertidur, bangun je dah sampai Labuan. Teringin nak pergi lagi, tapi lepas ni tak tau bila lagi nak dapat peluang.
Nak tengok gambar?
Lisa dah upload ke Flickr. Tak sangka dah 200++ gambar dalam Flickr, tapi memandangkan Lisa nye account Flickr ni free, limit letak gambar dalam tu cuma 200 je, nak lebih-lebih kena upgrade. So, nak tak nak Lisa bukak satu account baru. Pada sesiapa yang bermurah hati bolehlah upgradekan account Flickr Lisa heheh… K lah, Lisa nak sambung buat kerja dulu.
1 Response to "Kursus Vs Cuti"
Jump to comment form?




















Wednesday, June 27 2007
[Reply]