Archive for June, 2007


Kasih Sayang
Thursday, June 28 2007
Posted Under : Uncategorized
519 views 357 Words
Love me?

Dapat dari E-mail.

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu
akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

(Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.)

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut.


Love me?





Kursus Vs Cuti
Wednesday, June 27 2007
Posted Under : Uncategorized
725 views 712 Words
1 Loves

Lamanya tak blogging. Rasanya bulan June ni jadual penuh dengan aktiviti-aktiviti yang tak dijangka, jadi masa untuk berblog ni pun terhad. :headache:
Awal bulan June hari tu dah pergi Kursus kat Ujana Kewangan selama 3 hari anjuran Belia dan Sukan. Selepas kursus tu sebenarnya ada lagi kursus dari anjuran yang sama di Putatan, Sabah. Tapi Lisa dan HB memang dah tau yang nama kitorang tak ada dalam list untuk pergi kursus di Putatan tu. Lagipun masa seperti tak mengizinkan untuk kitorang pergi.. so, lepas 3 hari kursus tu, get back to life macam biasa. :cheeky:
4 hari sebelum berangkat Pn. Siti telefon dan bagitau yang nama Lisa & HB ada dalam senarai untuk Kursus Keusahawanan Belia dan Sukan (SABAH, SARAWAK & WP LABUAN) di Putatan dan dia nak jawapan secepat mungkin. At first Lisa & HB cam tak nak pergi sebab seminggu kena tutup cc, tapi difikir balik sayang gak kan. Semua perbelanjaan ditanggung, lagipun kitorang memang dah lama rancang nak pergi KK dari tahun lepas lagi… so difikir-fikir, kitorang pun terima dan hari Jumaat tu ambil tiket dan kitorang pergi pada hari Isnin (18hb Jun)

18hb June
Pagi tu berangkat jam 8.30pagi naik ferry express. Beberapa kali HB cakap sayang tak bawak kereta tapi nak buat cemana kan dah terlajak pergi. Selalu kalau Lisa naik ferry express Lisa suka ambil seat kat atas sebab Lisa takut mabuk laut walaupun sebenarnya Lisa tak. Tapi kali ni ada HB so mabuk tak mabuk belakang kira huhu… :razz: so dapat seat bawah. Pagi tu tak ramai orang ikut, mungkin sebab hari Isnin. 3 jam camtu baru sampai KK. Selalu 2 jam setengah je, lambat tul ferry ni. Pastu sejuk plak tu…
Sampai KK, kumpul ramai-ramai pastu terus naik teksi pegi KK Putatan. Bayar RM 30.00 tuk naik teksi, tapi bayar RM 10 seorang sebab yang naik 4 orang so kongsi-kongsila bayar. Actually nak suh my bro ambil sebab dia bawak kereta YB Hj Suhaili tu pegi KK (atas urusan apa, Lisa pun tak taw), tapi memandangkan hari tu gak dia balik Labuan jadi tak sempat nak ambil kitorang.
Sampai je kat KBS Putatan sunyi je, cam tak de apa-apa berlaku. Tanya kat kaunter pertanyaan, guard tu pun cam tak tau apa-apa. :faint2: Cari punya cari jumpa gak Office Kompleks tu, diorang bagi borang untuk stay kat asrama. I thought kan kitorang ni cuma daftar kat KBS je then stay kat memana except hostel ni. Tapi sangkaan Lisa silap. Nak gak Lisa & HB stay out kat KK, tapi memandangkan harga teksi nak gi KBS ni je dah RM 35.00 (extra RM 5 sebab call teksi) sehari nak RM 140.00 pergi balik, pastu darab ngan 5 hari… :dizzy: miskin lar camni… Lagipun jadual tak dapat lagi, so petang tu pegi hostel dan kemas-kemas. Cam tak kena je nak suh kitorang tinggal kat hostel, sebab kitorang ni kan usahawan yang dah ada business sendiri (mostly heheh), nak tinggal hostel ni cam bebudak plak.. chewah! :razz: Hari tu kursus kat Labuan pun tinggal kat Beta Apartment, kali ni tinggal kat hostel plak.. tak de peruntukan lagi kot KBS negeri Sabah ni. :scratchchin: HB dapat room sebilik 4 orang, Lisa dapat sebilik 10 orang adei.. :crowded: ramainyer….. teringat plak time dulu-dulu tinggal kat hostel.
Dah siap kemas-kemas, kitorang turun pegi makan dan tunggu kedatangan orang lain yang join ikut kursus tu. Malam tu ada taklimat, suai kenal etc etc. Ada yang dah ada business besar pun ikut kursus ni sesaja nak cari pengalaman dan network. Ramai gak yang tak puas hati dengan tempat tinggal.. heheh majoriti tak suker… :eyebrow:

19-20hb June
Huray time ni kitorang dah dibenarkan guna bilik ICT. :hyper: Boleh la Lisa online tapi malas nak update blog ni haha, cuma cek-cek email je… Tak de la busan asyik dengar ceramah je kan. So, apart from dengar ceramah, banyak masa Lisa & HB habiskan kat sini.
Read More »

Related Posts with Thumbnails
1 Loves
Plugs : madnilk,