wedding countdown

Dush!

Adeii…. tadi dah panjang type tetiba ilang plak.. mana pegi pungsi autosave ni?? Ilang? abes bateri? :thumbsdown: Dush!! :punch:

Dari ari tu lagi teringin nak update. Tapi tak berkesempatan nak mem-blog. Ni pun baru free nak rilek… sebelom ni tadi pening kira paper sampai 80 pages. Ada couple ni print lyric sebab diorang penyanyi… total semua dalam 70++ lirik. Puas la diorang menyanyi pas ni. :slaphappy: Tu pun nasib baik lah awal pagi tadi kitorang sempat beli refill ink sebab ink hitam dah nak abes. kalau tak beli nak harapkan print lirik yang 80 pages tu guna ink kaler, berabuklah nak tunggu siap semua… :headache:

Dari awal pagi tadi tunggu email dari Korea untuk status pre-order contact lens tapi tak sampai-sampai. Pastu masuk website diorang pun tak bleh access… :coonfused: tak tau napa.. tak bayar hosting kot. Takut diorang tak terima my payment last Friday sebab hari ni dah hari Selasa… lewat petang tadi baru dapat email dari diorang together with the EMS track number. Oh, what a relief! :relieved: Lepas ni senanglah nak track lokasi parcel tu kat mana… :w00t:

Hari ni daku ternanti-nanti pacik pos laju datang, tapi tunggu punya tunggu pacik tak timbul-timbul. :razz: Lisa ada try test beli perfume essence tanpa alkohol, perfume ni bleh bawak sembahyang, more info read Pati Perfume. Ada orang cakap bau perfume ni lebih kuat berbanding perfume ori dah tu murah plak tu… walaupun package tak lawa cam ori, tapi kalau bau wangi sama dan tahan lebih lama tu yang kena try tu… InsyaAllah kalau ada rezeki nanti boleh gak jadi dealer untuk perfume ni. :ibrows:

Alhamdulilah, siap gak theme untuk sis. Dalam sibuk-sibuk menyiapkan theme sis tu sempat gak Lisa buat premade theme layout untuk dijual. Ingatkan nak buat theme untuk site ni, tapi memandangkan cam tak sesuai so tolaklah ke shop ku. Tapi Lisa belum upload lagi… InsyaAllah esok Lisa upload. :heartbeat:

Plugs : Pixie, madnilk, Miss Lisa,




wedding countdown

WTH?

Lapar plak, malam ni tak tau nak makan kat mana lagi. Semalam kitorang makan kat Medan Selera. Dah selalu makan kat situ, kekadang lewat malam pun makan kat situ. Sebab kat sini ni manalah ada tak banyak tempat makan yang buka lewat malam. So, semalam Bie order mee goreng basah, Lisa plak order er… apa ek.. oh, kuey teow.. dah selalu makan nasik, nak makan mee plak…. (adush… laparnyaa….) ngruk ngruk plak perut ni… :2laugh: sabar yeee perut… sambong taip jap… time nak take order tu, ada sorang pekerja baru… dia yang take order kitorang, tengah take order tu telefon dia berbunyi, sempat la dia jawap panggilan telepon pakwe dia tu…. sambil telepon dia take order… bleh ke cam tu? Kang silap order kang… Tapi dia telepon tak lama. Lepas tepon dia tanya balik apa yang kitorang order… dia tulis balik.
15 minit selepas tu makanan pun sampai… nasib tak silap. Sempat gak HB komplen kat pekerja lama yang hantar makanan tu ttg pekerja baru… Lepas makan HB panggil pekerja lama tadi suh kira. Tapi dia pegi pas plak kat pekerja baru sebab dia yang take order so dia tau lah berapa harga RM semua. Pekerja baru ni cakap RM 15. Kitorang cuma makan mee goreng basah, kuey teow goreng, milo ice x 2. I mean WTH?! Terkejut la takkan lah sampai RM 15. Sebab selalu kitorang makan situ kalau sampai RM 15 pun sebab kitorang order sayap ayam. Ni tak order sayap pun boleh sampai RM 15. Lisa pun tanyalah harga kuey teow ni berapa? Pastu pekerja baru ni pun buat-buat silap kira, last-last dia cakap RM 13.00 :finger: WTF.. suka-suka je ko kira yeee!! Pas bayar kitorang pun blah, pasni kena cari pot makan lain la, selagi ada pekerja baru tu kat situ kitorang tak mao makan kat situ… :devil:

Tadi sempat chat ngan my cousin. Semangat betul dia tanya tentang contact lens yang Lisa jual SECRETEYES. Dia cakap nak beli 5 pairs sekaligus pastu nak jual kat kengkawan dia. Lisa pun cakaplah kalau serious nak cari kawan dulu, pastu bayar deposit, nanti barang dah sampai baru bayar yang selebihnya. Dia pun cam why not.. so, tunggu dan lihat je la cemana… :eyebrow:

Ok la… nak kuar gi makan dulu… lapar sangat dah ni :headache: yang pasti tak mao pegi kat kedai semalam :razz: Bye

Related Posts with Thumbnails
Plugs : duofox, madnilk, Miss Lisa,